Pembuka Kata

colorlife

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Terima kasih kerana sudinya anda untuk melihat laman web muda ini. Extra terima kasih jika anda sangat sudi untuk mengetahui apakah yang terkandung di dalam laman web ini.

Laman ini adalah hasil cetusan idea dan gerak hati oleh Senior Executive, Student Affairs Department in British Malaysian Institute semasa selesainya sesi ceramah saya di satu program bawah kelolaan Universiti Kuala Lumpur. Pada masa itu bertarikh Disember 2009, diberi nama program selama seminggu itu Kem U’Best. Laman ini dibina mereka yang dewasa untuk saya yang muda, berkongsikan pengalaman yang dikaut sepanjang situasi harian. Seterusnya untuk di taburkan kepada para pembaca secara percuma dan untuk sesiapa yang sudi membaca sekaligus memahami makna perkongsian ini. Semoga segala perkongsian kecil ini dapat menghasilkan jalinan, seterusnya bercambah membentuk satu jalinan yang lebih besar serta dapat memandaikan kita semua. Terima kasih banyak. Sesungguhnya hidup ini hanya berhujung di pintu maut atau dunia yang sememangnya akan kiamat. Semoga saya menjadi penulis yang menulis dengan paling ikhlas dan paling kudus untuk kita semua menghirup kemanisan pengalaman kecil ini.

Silalah untuk meluahkan cetusan idea, perkongsian idea dan perlaksanaan idea dari kita semua supaya terus dikongsi. Semoga ini semua dapat memberikan kita jalan laluan dan jalan sempadan. Moga blog ini boleh mendatangkan manfaat buat diri sendiri dan siapa-siapa yang rajin menjenguk atau tersesat ke sini. InsyaAllah laman ini akan dikemaskini pada haribulan berangka 8 untuk setiap bulan. Mengapa saya memilih angka 8 ea? hehe saya pun tidak pasti sebenarnya. Akhir kata,

cikmilahâ„¢

Powered by WordPress | iFreeCellPhones.com has Free Cell Phone Deals. | Thanks to PalmPreBlog.com Palm Pre News, MMORPG and Fat burning furnace review