Mak, saya rasa dia dah tunang

Ok, baiklah. Saya tak dapat tipu diri sendiri yang saya masih tertinggal sesuatu di kampung semasa saya bercuti semester selama 2 bulan baru-baru ini. Benda yang masih tertinggal itu adalah hati. Saya tak dapat mengenal pasti secara detail bagaimana perkara skeptical ini boleh terjadi. Sangat emosional. Tetapi apapun yang terjadi, saya ingin kongsi satu entri berkenaan tip untuk mengurangkan kita ditipu di internet kerana saya rasa sesetengah orang memang mudah memberi “hati kepercayaan” kepada internet. Sekali membaca terus agak bersemangat! Seperti contoh tajuk entri inilah. Maaflah kerana tajuknya sangat menangkap. Inilah sesuatu yang cuba saya sampaikan =)

Menurut nasihat Price Network pada tahun lepas (tulisan asal ditulis dari blog Tuan Towel Sensei sebenarnya), longgokan iklan dan risalah yang menjanjikan kita kaya dalam masa yang sangat singkat sudah semakin bersepah di sana-sini. Lokasinya sangat tipical yang tergantung di tiang-tiang lampu tepi jalan, di dalam bakul motosikal selepas solat Jumaat, dan di sudut akhbar online seperti myMetro dan Harakah Daily.

Siapa yang tidak teruja dengan RM 3,000 seminggu seperti yang didakwa dalam iklan di begini? Jual ganja dari rumah ke apa ini? Diingatkan bahawa saya sama sekali tidak menuduh secara melulu bahawa mereka ini semua penipu besar. Namun dalam dunia penuh putar belit pada hari ini, waspada adalah senjata. Dan 3 caranya bagaimana kita wajar berhati-hati:

1) Fahami betul-betul apa yg ditulis dan cuba timbulkan kemusykilan.

Berikut adalah contoh beberapa kemusykilan yang telah saya timbulkan:

..teknik ini tidak ada kena-mengena langsung dengan internet kerana saya tidak pandai langsung tentang internet…saya ni buta internet. Kalau tahu pun sikit-sikit je..

Tapi pandai pula beli domain dan server, bina laman bisnes sendiri di internet, pandai buat screenshot, dan tahu letak Google Chat. Perkara-perkara ini agak mustahil untuk dilakukan oleh seorang yang “tahu sikit-sikit je” internet, bahkan mengaku dirinya “buta internet”.  Sedangkan Cikmilah mahu beli domain pun meminta bantuan sahabat yang dipercayai.

..boleh mendapatkan RM9,000-RM10,000 dengan segara (dalam masa 10-14 hari sahaja). Bahkan setakat tujuh, lapan, sembilan atau sepuluh ribu tu senang je..

Maka, mengapa bersusah payah untuk mendokumentasi dan menjual “teknik rahsia” ini kepada orang ramai? Bukankah ini lebih rileks dan sesuai dengan fitrah manusia yang suka berada dalam comfort zone? Jika penulisnya mendakwa bahawa dirinya seorang yang sukakan cabaran dan tidak suka berada di dalam zon selesa, maka bukankah lebih mencabar jika dia mengumpulkan sehingga beberapa ratus ribu dengan menggunakan “teknik rahsianya” itu, kemudian melaburkannya sebagai modal untuk membuka sebuah syarikat sendiri & jenamakan syarikatnya?

Apa pun, lain-lain kemusykilan, terserahlah kepada anda untuk memikirkannya secara sendiri.

2) Tak perlu terlalu percaya dengan screenshot yang menunjukkan jumlah simpanan di dalam bank, dan sewaktu dengannya.

Dengan menggunakan teknologi seperti Firebug, saya dengan mudahnya boleh melakukan pengeditan secara real-time apa yang terpapar di skrin. Contohnya ini:


Rajah di atas adalah screenshot yang diambil melalui akaun Maybank2u.com. Bagaimana ia boleh mempunyai RM53,***.** di dalam akaun? Mula-mula login. Kemudian edit current dan available balance dengan menggunakan Firebug. Lalu buat screenshot. Dan akhirnya saya tampal di sini! (Pemberitahuan: Teknik ini hanya mengubah paparan sahaja, tetapi ia tidak mengubah jumlah sebenar simpanan saya di bank).

Teknologi seperti ini adalah tidak secikai pengeditan melalui Photoshop. Kalau guna Photoshop, ia masih boleh dikesan jika kajian forensik dilakukan ke atasnya. Tapi kalau guna Firebug, insyaAllah ia tulen 100% oh! Maka, jangan percaya langsung sebarang screenshot kalau tidak mahu poket anda dirompak di siang hari.

3) Setiap hasil testimonial dan gambarnya boleh direka-cipta.

Inilah testimonial salah seorang pembeli manual yang bernama Nur Azizah Bt Rahman:

Azi sebenarnya tak sangka ada juga sesuatu yang boleh dilakukan untuk mengatasi semua masalah yang dihadapi. Azi memang menghadapi masalah duit, tambah lagi Azi ada 2 orang anak.

Azi hilang punca dan cuba juga teknik ini dan hasil daripadanya Azi gunakan untuk membuka satu gerai jual laksa di pasar malam Pandan Jaya.

Azi sebenarnya memang dah tekad meminjam daripada along dan memang Azi dah call dia orang pun. Tapi mungkin memang nasib Azi baik sebab Azi terjumpa website ini. Terima kasih.

Tidak tahu sama ada testimonial ini benar atau pun tidak. Mungkin orang Pandan Jaya boleh cuba cari-cari Kak Azi yang katanya menjual laksa di pasar malam situ. Namun, testimonial palsu bukan susah sangat untuk direka-reka. Sedangkan di mahkamah pun ada orang berani beri keterangan palsu, lalu apatah lagi untuk menghasilkan sebuah testimonial palsu.

Tapi apa yang Cikmilah pun betul-betul pasti, gambar yang disertakan bersama bukan milik Nur Azizah Bt Rahman! Bagaimana kita tahu? Terima kasih kepada TinEye. Melaluinya, sumber sebenar dapat dikesan berpunca daripada iStockphoto.

Kes semua di atas ditutup.

Siapa yang menciptakan matahari, Allah yang ciptakan. Siapa yang menciptakan malam, Allah yang ciptakan. Siapa yang menciptakan teknologi? ;) Apapun yang berlaku, akan disoal akhirat kelak. Semoga kita semua sentiasa damai dalam kebenaran.

P/S: Mungkin senarai laman-laman disini boleh kita percayai dan selamat.  Iaitu di MiniNiaga.com =)

You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Mak, saya rasa dia dah tunang”

  1. hazim says:

    laa, sudah tunang ke..hmmm. Bagaimana boleh berlaku tu? hmmm….

  2. Siti Jamilah says:

    Tersalah komen ka?
    siapa tunang? tunang dengan siapa?

  3. hazim says:

    bkn salah komen,ni yg awk tulis kat atas tuh

    Mak, saya rasa dia dah tunang

    Ok, baiklah. Saya tak dapat tipu diri sendiri yang saya masih tertinggal sesuatu di kampung semasa saya bercuti semester selama 2 bulan baru-baru ini. Benda yang masih tertinggal itu adalah hati. Saya tak dapat mengenal pasti secara detail bagaimana perkara skeptical ini boleh terjadi. Sangat emosional.

    tajuk pun ada tulis ttg tunang
    knape tnya saya pulak…hahahha

  4. Siti Jamilah says:

    Oh. Maksud saya hati itu menjurus pada hati saya yang sedih tinggalkan mak, sebab kembali untuk sambung pengajian. 5 bulan tidak berjumpa, kemudian 2bulan berjumpa, kemudian balik. Tiada kaitan dengan tajuk. Tajuk cuma untuk menangkap. Begitu juga tajuk-tajuk menangkap untuk skim cepat kaya. Terbukti! orang senang bagi hati kepercayaan. haha.

    Tak perlu sempitkan idea & rasa emosi sangat. Kalau nak beremosi juga, baiklah. Saya sambung tajuk ini menjadi
    “Mak, saya rasa dia dah tunang dengan saya” Huh!

    p/S: Terima kasih sebab rajin meramaikan komen di blog ini. Blog ini untuk bacaan saja sebenarnya.

  5. hazim says:

    Laa, macam tu rupanya..maaflah, tak faham bahasa kedah..wahaha

    Saya gi Seminar Niagakit. Peh, Adik Adly selalu tunjuk website one drop kakak semasa seminar. Macam mengiklankan pulak.. haha..

  6. Siti Jamilah says:

    Wah, iya kah? Seminar yang bila tu? Alhamdulillah. Kami ada buat kolaborasi sejagat.. :)

    p/s: Dan dan panggil kakak kat aku. huh.

  7. hazim says:

    rabu dua minggu lepas kot…ntah lupa brape hb…

    website soccerpitstop pun adly ada sbut jugak..

    part yg best part yg bt marketing pd web….

    kalu lah sy tahu seminar ni mmg best,dari dulu lagi sy ke KL utk dngar sminar…wlaupun kos mahal…

    tp,alhamdullillah,niagakit dtg kb aritu ,tergerak hati nk pergi dngar…
    kalu x pergi aritu,smpai ckrng lah menyesal kot…hahaha

Leave a Reply

Powered by WordPress | iFreeCellPhones.com has Free Cell Phone Deals. | Thanks to PalmPreBlog.com Palm Pre News, MMORPG and Fat burning furnace review