Si Tikus & Siti Jamilah

Saya mengakui bahawa saya sangat cemburu apabila ada pasangan tikus yang cuba bermesra-mesraan di rumah ini. Perasaan cemburu ini timbul apabila saya tak dapat tidur malam akibat bunyi mereka berkejar kejaran di tengah malam di atas rumah. Cemburu ini makin membuak buak apabila baru-baru ini mereka membuat aksi berani mati, iaitu berlarian di tepi kaki saya! Sedangkan saya di hadapan laptop menghadap email-email. Oh, sungguh tercabar. Tikus sekarang sangat bijak. Mereka punya otak yang berteknologi tinggi barangkali.

Apabila dipasang perangkap, tidak pernahnya kena. Ikan dalam perangkap itu pun semakin hari semakin mengering. Maka, saya cuba menggunakan idea baru iaitu memakai perangkap lalat! Saya masih menggunakan ikan kerana saya rasa mereka sesuai dengan gizi seimbang itu.
Pada malam itu mereka bercanda seperti biasa. Tiba-tiba pada keesokan pagi, ikhtiar itu telah berjaya. Sila lihat gambar dibawah jika berani.

Bukti kebesaranNya dimana-mana. Seperti pepatah Arab, man jadda wa jadda. Apabila saya melihat mereka yang masih hidup dan menggelupar. Saya pun terikut-ikut sama gaya seperti mereka. Benarlah kata-kata seorang tokoh usahawan muda (Adly Mukhtar), kreatif & inovatif itu satu ketabahan.

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Si Tikus & Siti Jamilah”

  1. hazim says:

    Nyenyak sungguh cik mouse dalam gambar tu sedang tidur. wahahhaa

Leave a Reply

Powered by WordPress | iFreeCellPhones.com has Free Cell Phone Deals. | Thanks to PalmPreBlog.com Palm Pre News, MMORPG and Fat burning furnace review