Demi Masa Lalu

“Kalau nak maju kedepan, kena setapak kebelakang dulu. Baru tahu macamana nak maju dua tapak kedepan” filologi daripada Abang Cik, abang kandung.

candid_workshop PCR-DNA
.Dari kiri:
Penyangak, Lala hati riang, Apek ikhwan, Asyraf sinclair, Fahmi hati senang & Cput hati rawan.
.
Apabila saya berada di cuti semester selama 2bulan ini, saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah dengan membaca, berfikir, berangan-angan dan melukis (kononnya). Berehat sebulan, bekerja sebulan. Bulan ini adalah bulan melepaskan tenaga rehat saya yang dikumpul pada bulan lepas. Sang Sibuk adalah musuh utama kepada persahabatan, ukhwah dan kasih-sayang. Namun, ia berkawan baik dengan cita-cita dan impian. Salam perkenalan Sang Sibuk. Mungkin juga blog ini agak berhabuk disebabkan kehadiran Sang Sibuk. ;) Bagaimanapun, semasa mencapai waktu kelapangan atau waktu kesibukan, terbit satu perasaan jauh dari sudut hati mengatakan: “Kalaulah ada lebih masa, mesti aku boleh buat bla bla..” Saya yakin bukan saya seorang saja yang berfikiran sedemikian rupa. Maka saya ingin mengetengahkan isu ini akibat terpengaruh dengan hujah yang dibaca dari salah seorang fan yang menghantar artikelnya. Oh ya, alhamdulillah sudah hampir sebulan saya di dalam famili besar iluvislam.com sebagai krew. Semasa menyemak kemasukan senarai artikel yang dihantar di database baru-baru ini, saya terbaca tentang sepotong hujah.
Manusia sering memberi alasan tiada masa.. Tapi tidakkah mereka sedar? Dengan masa yang sedia ada pun kita gagal memanfaatkannya sebaik mungkin.. Andai Tuhan memberikan lebih masa, sudah tentu hidup kita akan bertambah kucar-kacir.. Pada mereka yang tidak bijak membahagikan waktu dan suka memberi alasan “tiada masa” adalah golongan yang tidak tahu bersyukur..

Kata-kata itu amat menyentap jiwa saya yang amat suka memberi alasan sedemikian rupa. Ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri. Kita masih boleh bangun dari tidur, diberi nyawa untuk bernafas, berpeluang untuk bertaubat, berpeluang bertemu dengan manusia yang hebat serta melakukan pekerjaan impian. Ia adalah satu nikmat pada hari ini untuk kita. Hehe. Termasuk bersama emak saya yang sudah 5bulan tidak berjumpa pada masa lalu. Oh! Ternyata bulan ini saya rasa sangat gembira sebab berjumpa ramai orang hebat-hebat. Sangat kagum dengan mereka. Sehinggakan saya tercetus satu draft kertas kerja baru. InsyaAllah saya akan buat kelompok tertentu tak dapat tidur malam pada penghujung tahun ini untuk idea itu. Hihi~
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Demi Masa Lalu”

  1. wyndhambig says:

    notes understanding article

Leave a Reply

Powered by WordPress | iFreeCellPhones.com has Free Cell Phone Deals. | Thanks to PalmPreBlog.com Palm Pre News, MMORPG and Fat burning furnace review