Taktik Mengaburi Perampas!

Salam sejahtera kesemuanya.

Walaupun saya bukan siapa-siapa sehinggakan secara tidak sengaja terciptanya t-shirt bercop website ini, tetapi saya ingin berkongsi satu taktik untuk entri pada kali ini. Ia melibatkan seseorang yang digelar penyamun, pencuri, peragut, perompak, perampas atau apa-apa saja yang per! Dunia sekarang sangat merbahaya. Kawan sekelas dan juga saya pernah terkena peristiwa diragut beg pada tahun lepas. Sangat menyulitkan dan sangat blur. Meskipun hikmahnya terlalu banyak.

Salah satu petua untuk menipu perampas adalah dengan menyembunyikan wang yang anda bawa. Mungkin anda boleh sorok duit dalam stokin atau dalam kasut yang sudah lapuk. Sebenarnya kadang-kadang jika kita membawa dompet pendua pun sudah tidak selamat. Penyamun sudah semakin cerdik. Banyak makan marijuana agaknya. Jadi, apa kata sembunyikan duit di dalam pen seperti ini:

Credit: One Drop Perfumes. hehe.

Kebanyakkan orang tak akan menyangka dalam pen itu akan ada duit. Taktik ini mungkin boleh digunakan kalau anda terpaksa melalui jalan yang agak merbahaya, sunyi dan jika anda sedang doldrums di waktu malam itu, dan pada waktu yang sama membawa wang tunai beribu riban ringgit. Sila pastikan pen yang digunakan adalah bersaiz besar dan bukan lutsinar/lutcahaya. Gulung wang itu kecil-kecil. Mungkin taktik ini insya-Allah berjaya jika penyamun tersebut tidak membaca entri ini. ;)

Setelah berusaha gigih, pastikan berdoa agar tidak bertembung dengan segala mana-mana penyamun jalanan dan kemudian bertawakal. Jika penyamun itu dapat tahu ada duit di dalam pen, maka itulah takdir Allah swt. We can cheat the robbers, but we can’t cheat Allah swt. Yang penting kita sudah berikhtiar dan bertawakkal.

Imam al-Ghazali ada kata, tawakkal itu ialah menetapkan segala keyakinan kita kepada Allah swt dan semua yang dijanjikan-Nya. Maksudnya, segala apa yang telah Allah swt tentukan kepada kita, pasti akan kita perolehi, walaupun semua makhluk yang ada di dunia ini cuba menghalangnya. Bagi yang beragama Islam, kita memahami bahawa segala apa yang tidak Allah swt tentukan kepada kita, pasti tidak akan kita perolehi, biarpun seluruh isi alam ini berusaha menolong kita untuk mendapatkannya.

Allahu Akbar.. Alangkah mudahnya hidup ini jika manusia memahami maksud tawakkal. Tapi bukan mudah jang oi. Kalau iman tak kuat macam saya, mana mungkin tawakkal juga boleh kuat. Kadang-kadang harus disediakan tisu dan timba macam cerita P. Ramlee. Selepas airmata penuh setimba, pergi keluar rumah dan dijiruskan pada pokok bunga! Hehe. Apa pun, siapa-siapa yang ada lagi petua bagi menipu penyamun tarbus, silalah kongsinya.

Photobucket

Jika telah terjadi, semoga kita tidak jatuh semangat!

Wassalam.

You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Taktik Mengaburi Perampas!”

  1. hazim says:

    Dr. Fadillah Kamsah pernah pesan dalam tv, sebelum keluar rumah, baca al-fatihah sekali diikuti baca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali. Kelebihannya lupalah pulak, tapi ,untuk kebaikan kita semua lah kan. n saya selalu amalkan bila nak pegi memana..
    better korang amalkan lah jugak ayat ni untuk mengelakkan kena ragut ke..

  2. Siti Jamilah says:

    Oh, patutla. Saya tak baca! Ha ha. Terima kasih.

  3. hazim says:

    kaasih diterimaaaa…hahahh

  4. ita admin says:

    hazim, jangan kasih lain macam ye. cikmilah kita tu, ada orang tanya hantarann dah… :D

  5. hazim says:

    hahaha… gurau-gurau je…
    bestlah kak siti jamilah, dapat hantaran, mesti ribu-riban tu.

    jangan lupo hantar kad jemputan kahwin ke umah aku ek..haha

  6. Siti Jamilah says:

    ita admin:
    oh! terima kasihlah mazlita diatas sepotong ayat yang membuatkan handset saya ilang kawalan inbox. hehe. Rupanya ramai na silent reader masih menyokong insan biasa macam saya. Mereka termasuk kawan sekenal, kawan sebelajar, orang atasan, orang besar & sedare mara! Alhamdulillah terima kasih. Terima kasih mengambil berat tentang saya.. Saya sayang semua! hehe.

    hazim:
    tahniah bunga yang dipuja sudah tidak berjaya disunting! haha. [reply gurau]
    berkenaan pertanyaan hantaran, setiap hari ada. Tanya tentang penghantaran One Drop.
    kalau hazim nak kad bole. bisnes kad la. Nanti order perfumes, saya selitkan kad ita. hehe.
    kalau hal kad kawin, masih isu sensitif.
    Forum Dikunci. Luar Topik Perbincangan Utama. Sila Hubungi Moderator Forum.
    hehehe XD

  7. hazim says:

    hahahaha..malu lah pulok cik milah kita nih….wahahaha…sorry ekk..

Leave a Reply

Powered by WordPress | iFreeCellPhones.com has Free Cell Phone Deals. | Thanks to PalmPreBlog.com Palm Pre News, MMORPG and Fat burning furnace review