Bahasa Yang Dianuti Cikmilah

Kita susah atau senang, kita kaya atau miskin, kita comel atau hodoh, kita ada rumah besar atau rumah kecil, kita cerdik atau kurang cerdik, maka itu semua adalah ujian dari Allah swt dan ada hikmah di sebaliknya. Syukur itu wajib. Syukur itu segalanya!

Tidak banyak yang saya boleh kongsikan kepada para pembaca yang saya hormati selalu. Cuma, ambillah apa-apa yang bermanfaat dari blog ini dan saya juga ingin meminta maaf zahir dan batin atas segala salah silap saya sepanjang saya menulis di blog ini. Berdasarkan tajuk diatas, saya mempunyai beberapa rukun dalam sebuah dakyah bahasa yang saya cipta dan anuti. Saya yakin jika sesiapa yang mengikutinya, pasti berjaya dan semangatnya akan naik! Saya akan beri rukun ini secara percuma SATU dahulu. Hehe. Iaitu, “eja setiap perkataan dengan betul walau serojak mana pun ia”.

Sejak mula menulis blog, saya berusaha memastikan setiap perkataan dieja dengan betul dengan mengskemakan tajwid bahasa Malaysia saya bagi menyebarkan dakyah yang saya anuti itu. InsyaAllah kebanyakan tulisan saya akan bertiangkan bahasa Malaysia. Walaupun mungkin ada entri Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris telah berkhalwat di dalam karya eksperimentasi, namun saya tetap mengeja sekalian perkataannya dengan betul dan sahih. Di internet khususnya, antara sebab utama mengapa kita wajib mengeja dengan betul adalah kerana ia memudahkan proses penyampaian dan pemindahan ilmu di kalangan para penutur bahasa yang berbeza. Jika dibandingkan dengan Babel Fish, saya mendapati Google Translate adalah bidaah terbaik dan terpenting dalam aspek bahasa di era internet ini. Google Translate telah memudahkan proses pemahaman saya terhadap beberapa teks berbahasa Arab, Perancis dan Jepun yang pernah saya selisihi.

Semestinya, terjemahan komputer tidaklah setepat mana. Namun dengan berbekalkan sejemput common sense, educated guess dan logik, kita hampir sahaja boleh memahami keseluruhan isi kandungannya. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pertukaran bahasa penting dunia; similinya daripada Spanish kepada English. Sepanjang pemerhatian saya pula, proses terjemahan itu semakin mantap dari masa ke semasa. Pada penghujung tahun 2008, fungsi terjemahan melibatkan Bahasa Malaysia masih belum ada di Google Translate. Bahasa Indonesia sudah ada. Namun saya mendapati fungsi terjemahan Bahasa Malaysia juga sudah boleh dikira bagus kerana banyak kemaskini barangkali. Contohnya lihat blog cikmilah ini apabila ia diterjemahkan daripada Bahasa Malaysia kepada Inggeris. Di samping itu, Google Translate turut memiliki fungsi untuk mencadangkan terjemahan yang lebih baik (perhatikan Contribute a better translation):

Terjemahan kepada artikel Ketika Niagakit Bertasbih (tanpa cikmilah tahu).


Maka sebagai persediaan, saya menyeru anda agar mengeja setiap perkataan dengan betul. Demi proses penyebaran maklumat dan ilmu merentasi bahasa, bermulalah dari sekarang. Sila eja tiada, bukan xde. Sila eja saya, bukan sy atau sayer. Sila eja makan, bukan mkn. Awak apabila diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris akan menjadi you; tetapi kalau awk , mahu diterjemahkan sebagai apa? Awk itu macam bunyi golongan puak Na’vi (filem Avatar) memanggil burungnya pula. He he.
Selain ejaan, tanda baca juga harus digunakan dengan betul. Contohnya ayat seperti:

nama saya siti jamilah… saya suka makan budu.sedap tau! Awak suka tak???

wajib ditulis seperti ini:

Nama saya Siti Jamilah. Saya suka makan budu. Sedap tau! Awak suka tak?

Pengajarannya, setiap tulisan yang kita hasilkan berkemungkinan besar boleh diambil manfaatnya oleh orang yang tidak sebahasa dengan kita. Justeru, bantu mereka dengan mengeja setiap kalimah dengan betul. Wassalam!

Salam mesra dari,

Ibrahim Saad Resource Centre, Chemical Institute.

You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Bahasa Yang Dianuti Cikmilah”

  1. hazim says:

    Saya pun suka budu, sebab saya orang kelantan.
    Vote for budu~ yeah!

    Official website dari Hazim, jom tengok! < Asia Pacific Product >

  2. Siti Jamilah says:

    Salam. Cubalah, bisnes budu online pulak! haha~

  3. hazim says:

    Haha. Jual budu pada mat salleh, mesti laris kan. Erm, jauh lagi rasanya untuk dijual pada mat salleh. Haha.

  4. Hello fellow blogger, regrettably I cannot read the page effortlessly in Avant Browser. Please repair that! Sebastian from Dictionary Software.info

  5. Siti Jamilah says:

    Hye karleen,
    This page describes our One Drop Perfumes’s Trading, Malacca, Malaysia… Just a small experience sharing here. We are sorry for any convenience this may have caused. Thanks for visit, by the way :)

  6. Resveratrol says:

    This was a great post, I hope you will write some more of these in the future….

Leave a Reply

Powered by WordPress | iFreeCellPhones.com has Free Cell Phone Deals. | Thanks to PalmPreBlog.com Palm Pre News, MMORPG and Fat burning furnace review